Skip to main content

Profil Kelab

Kelab Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Shah Alam merupakan sebuah kelab yang bernaung di bawah Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Jalan U3. Kelab ini ditubuhkan bagi memberi pendedahan serta penghayatan kepada ahli terhadap citra kebudayaan alam Melayu disamping memahami kepelbagaian budaya di Malaysia. 

Terdapat beberapa elemen yang diterapkan di dalam pengisian program kelab antaranya; seni tari, muzik tradisional, nyanyian lagu rakyat, kraftangan tradisional, puisi tradisional, asas tulisan jawi, permainan tradisional, masakan tradisional serta seni silat tari.

Disamping itu, ahli kelab juga didedahkan dengan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa dengan penerapan elemen Global Citizenship Education (GCED) melalui aktiviti apresiasi kebudayaan global. 

Kelab Kebudayaan SK Jalan U3 turut membina jaringan bersama badan kebudayaan luar kampus sekolah seperti menyertai program Kelab Tunas Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, disamping menyertai program anjuran agensi kebudayaan yang lain seperti Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Dewan Filharmonik Petronas, Muzium Kesenian Islam Malaysia, Malaysia Tourism Centre (MaTIiC), Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC), Yamaha Music Malaysia dan sebagainya. 

......

Sekolah Kebangsaan Jalan U3 Cultural Club, Shah Alam is a club that was established under the supervision of the Co-Curriculum Unit, Sekolah Kebangsaan Jalan U3. This club is formed in order to in provide a platform for all the members to appreciate predominantly Malay cultural heritage as well as to raise awareness and understanding on the multicultural diversity in Malaysia.

There are several elements incorporated into the club activities namely; dances, traditional music, folk songs, traditional handicrafts, traditional prose, Jawi calligraphy, theatre, traditional games, traditional cuisine and digital creative arts.

In addition, club members are also been given exposure to the multicultural diversity within the international community through the Global Citizenship Education (GCED) cultural appreciation activities.

SK Jalan U3 Cultural Club also keen in building a good network with cultural bodies beyond the school campus such as participating in the Kelab Tunas Budaya program organized by the National Cultural and Arts Department (JKKN), as well as participating in numerous programs organized by other cultural agencies such as Istana Budaya, National Art Gallery, Petronas Philharmonic Hall, Islamic Art Museum Malaysia, Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC), Yamaha Music Malaysia and so on.

Comments

Popular posts from this blog

Permainan Tradisional | ڤرماءينن تراديسيونل

Perjumpaan ke 4. Pejumpaan kali ini dimulakan dengan guru memperkenalkan pelbagai jenis permainan tradisional seperti congkak, sepak raga bulatan, tarik upeh dan terompah gergasi. Murid telah diberikan penerangan mengenai peraturan dan cara bermain bagi setiap setiap permainan. Setelah mendengar penerangan yang dberikan oleh guru, ahli kelab kemudiannya berpeluang untuk bermain permainan tradisional mengikut kumpulan yang telah diberikan. Guru penasihat telah dimaklumkan bahawa ada diantara ahli kelab kebudayaan yang baru pertama kali bermain permainan tradisional yang diperkenalkan. Kumpulan yang baharu pertama kali bermain berkenaan telah diberikan bimbingan oleh guru dan rakan semasa aktiviti berkumpulan. Secara keseluruhan, kesemua ahli dilihat melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti yang telah dijalankan sekaligus berjaya mencapai objektif pembelajaran bagi sesi perjumpaan kali ini.   

Daulat Tuanku! | داولت توانکو

Daulat Tuanku! Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah  Kebawah Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ry'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhim Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.   

Selamat Hari Raya | سلامت هاري راي

Warga Kelab Kebudayaan SK Jalan U3 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada muslimin dan muslimat.