Skip to main content

Semarak Budaya

Program Semarak Budaya merupakan satu inisiatif yang digerakkan oleh Kelab Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Jalan U3 dalam menyemarakkan kegiatan seni dan budaya terutamanya seni persembahan di sekolah. Kumpulan-kumpulan ini terdiri dari ahli Kelab Kebudayaan serta turut disertai oleh murid-murid bukan ahli yang lain.  


Kumpulan Seni Tari Sejayu Tiga

Kumpulan yang dianggotai seramai 20 orang ahli ini ditubuhkan sebagai platform bagi murid mengekspresikan bakat seni tari khususnya dalam genre tarian tradisional Melayu. Antara tarian yang telah berjaya dipersembahkan oleh kumpulan seni tari ini ialah joget, zapin, inang serta tarian jawa. Kebiasaannya kumpulan tarian ini akan dijemput untuk membuat persembahan bagi memeriahkan lagi program-program rasmi anjuran sekolah. 

Jurulatih: Pn. Noor Fadhila Binti Zamuddin


Grup Seni Teater Jalan U3

Group ini telah ditubuhkan hasil usaha Pn. Mardiati Husniah Binti Mohamad pada tahun 2022 dan bernaung di bawah Persatuan Teater Malaysia, Kuala Lumpur. Pada awal penubuhannya seramai 10 orang murid SK Jalan U3 telah berjaya mewakili sekolah dalam Teater Kanak-Kanak yang bertajuk Ala Lip Lop yang diadakan di UiTM, Shah Alam. 

Jurulatih: Pn. Mardiati Husniah Binti Mohamad, Pn. Noor Fadhila Binti Zamuddin

 

Yamaha Music Keyboard Ensemble

Jurulatih: En. Abdul Falakh Zafrieyl Bin Abdul Rahman

Kumpulan Keyboard Ensemble ini telah ditubuhkan pada tahun 2019 dimana sebanyak 11 buah keyboard sumbangan Yamaha Music Malaysia diberikan kepada pihak SK Jalan U3. Rentetan itu, Kelab Kebudayaan dengan kerjasama Panitia Muzik, SK Jalan U3 telah melatih dua kumpulan keyboard ensemble yang terdiri dari murid Tahap 1 dan Tahap 2. 

Peserta program telah dilatih menggunakan modul Music Time (Keyboard) yang disediakan oleh Yamaha Music Malaysia. Disamping itu, guru jurulatih juga telah diberikan kursus khas pengendalian program Music Time (Keyboard) yang bertempat di Yamaha Music Academy, Kelana Jaya. 

Kumpulan keyboard ensemble telah berpeluang untuk menyertai pertandingan keyboard ensemble peringkat daerah anjuran Yamaha Music Malaysia disamping membuat persembahan di acara-acara anjuran pihak sekolah. 

Jurulatih: En. Abdul Falakh Zafrieyl Bin Abdul Rahman & En. Mohd Hafiz Bin Mungin


Ukulele Ensemble - U3kulele

Ditubuhkan pada tahun 2016, kumpulan ukulele ensemble U3kulele telah mula digerakkan oleh 10 orang murid tahun 5 & 6. Membuat persembahan sulung mereka dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2016, pasukan ini telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis anjuran pihak luar seperti majlis graduasi serta diundang untuk membuat persembahan selingan bagi pertandingan Choral Speaking peringkat negeri Selangor. 

Ahli U3kulele Ensemble telah dilatih untuk bermain 5 jenis ukelele antaranya Soprano, Tenor, Konsert, Baritone serta Bass. Disamping itu, latihan bermain alat muzik iringan seperti shaker, tamborine, cajon serta melodica juga turut diberikan bagi melengkapkan ensemble ukulele ini. 

Latihan bermain alat muzik ukulele kebiasaanya dilakukan pada setiap minggu pada hari Selasa dengan murid membuat persembahan secara 'busking' di dewan terbuka bersempena dengan hari Bahasa Inggeris yang diadakan pada setiap hari Selasa. 

Jurulatih: En. Mohd Hafiz Bin Mungin


Grup UThree Melodica Ensemble

Kumpulan ensemble ini telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan melatih seramai 20 orang murid. Keahlian bagi kumpulan ini adalah terbuka bagi murid-murid perempuan sahaja. Kumpulan ini telah berjaya membuat persembahan secara instrumental bagi majlis-majlis anjuran sekolah seperti sambutan Hari Raya peringkat sekolah, Majlis Anugerah Kokurikulum dan lain-lain lagi. Disamping itu, grup melodica ensemble ini juga diserap masuk ke dalam pasukan Brass Band Sekolah dan membuat persembahan iringan semasa perbarisan hari sukan sekolah. 

Jurulatih: En. Mohd Hafiz Bin Mungin & Pn. Noor Fadhila Binti Zamuddin


Kumpulan Dikir Barat JaleYuTigo

Kumpulan dikir barat sekolah ini kembali diaktifkan pada tahun 2023 hasil inisiatif En. Zulkarami yang juga merupakan Penolong Kanan Kokurikulum sekolah. Kumpulan ini diberikan nafas baharu dengan penjenamaan semula sebagai Kumpulan Dikir Barat JaleYuTigo dan telah berjaya melatih seramai 30 orang murid bagi membuat persembahan dikir barat untuk majlis-majlis rasmi sekolah. 

Jurulatih: En. Zulkarami Bin Mohd @ Muhammad


Pasukan Senam Tari & ActiveJam

Pasukan ini ditubuhkan 

Jurulatih: Pn. Noor Fadhila Binti Zamuddin


Pasukan War Cry Jalan U3

Dengan mengambil inspirasi dari kebudayaan ‘Hakka’ oleh masyarakat Maori, New Zealand, pasukan war cry SK Jalan U3 telah ditubuhkan sebagai satu representasi dan ekspresi semangat oleh murid SK Jalan U3 yang dipersembahkan kepada tetamu yang datang. Pengolahan bait-bait semangat yang menggunakan elemen puisi, pantun, peribahasa, bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Sanskrit serta elemen gerak tari berasakan silat dapat meningkatkan lagi penghayatan murid terhadap keindahan Bahasa Melayu dan seni budaya Melayu. Pasukan ini dianggotai oleh seramai 30 orang ahli yang terdiri dari murid lelaki tahun 5 dan 6. 

Jurulatih: En. Mohd Hafiz Bin Mungin





Comments

Popular posts from this blog

Permainan Tradisional | ڤرماءينن تراديسيونل

Perjumpaan ke 4. Pejumpaan kali ini dimulakan dengan guru memperkenalkan pelbagai jenis permainan tradisional seperti congkak, sepak raga bulatan, tarik upeh dan terompah gergasi. Murid telah diberikan penerangan mengenai peraturan dan cara bermain bagi setiap setiap permainan. Setelah mendengar penerangan yang dberikan oleh guru, ahli kelab kemudiannya berpeluang untuk bermain permainan tradisional mengikut kumpulan yang telah diberikan. Guru penasihat telah dimaklumkan bahawa ada diantara ahli kelab kebudayaan yang baru pertama kali bermain permainan tradisional yang diperkenalkan. Kumpulan yang baharu pertama kali bermain berkenaan telah diberikan bimbingan oleh guru dan rakan semasa aktiviti berkumpulan. Secara keseluruhan, kesemua ahli dilihat melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti yang telah dijalankan sekaligus berjaya mencapai objektif pembelajaran bagi sesi perjumpaan kali ini.   

Selamat Bercuti! | سلامت برچوتي

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Jalan U3.   

Pengumuman: Mesyuarat Agung Tahunan 2023 | مشوارت اڬوڠ تاهونن

Perhatian kepada semua ahli Kelab Kebudayaan SK Jalan U3. Mesyuarat Agung Tahunan 2023 akan diadakan mengikut ketetapan seperti yang terkandung di dalam poster diatas. Harap maklum.